Sijil Kementerian Kewangan (MOF) adalah syarat wajib untuk semua pembekal/kontraktor yang ingin memohon tender-tender kerajaan. Tanpa sijil ini syarikat anda adalah tidak layak untuk memohon sebarang tender kerajaan.
Selain itu, bagi syarikat yang layak iaitu memiliki 51% bumiputera dalam syarikat layak untuk memohon bersama Sijil Taraf Bumiputera. Dengan memiliki sijil ini, syarikat anda layak memohon tender-tender yang dikhaskan untuk syarikat-syarikat bumiputera.