Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) yang di perkenalkan oleh Lembaga merupakan satu program khusus yang dibangunkan oleh CIDB dengan kerjasama SME Corp bagi mengukur keupayaan dan kemampuan kontraktor tempatan dan asing di Malaysia bagi mempertingkatkan imej industri pembinaan selaras dengan Program Transfomasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 bersesuaian dengan teras ‘Meningkatkan Kualiti, Keselamatan dan Professionalisme Industri Pembinaan’.
Bagi Lesen CIDB gred G2-G4, syarikat perlu mendapat penarafan SCORE minima 2 BINTANG, manakala gred G5-G7 minima 3 BINTANG bagi melayakkan diri untuk memohon Lesen SPKK (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan). syarikat kontraktor akan dinilai keupayaan berdasarkan 7 parameter iaitu dari segi Prestasi Perniagaan, Kupayaan Kewangan, Keupayaan Teknikal, Pengurusan Projek, Pengurusan Perolehan, Amalan Terbaik dan Keupayaan Pengurusan.
Manakala Lesen CIDB bagi gred G1 ia dipanggil MCORE.MCORE adalah program yang tidak wajib bagi membuat permohonan SPKK. Ia diperkenalkan kepada gred G1 dengan 4 kriteria penilaian iaitu Keupayaan Kewangan, Keupayaan Teknikal, Operasi Perniagaan dan Pengurusan Perniagaan.