Kad Pintar CIDB adalah kad Personel Binaan di mana Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia melalui Akta 520 telah menetapkan seorang yang pekerja yang perlu bekerja di tapak binaan atau penyelenggaraan perlu mendaftar dan mempunyai Kad Pintar CIDB. Ini Bertujuan bagi memastikan mereka telah diberi pendedahan mengenai keselamatan di kawasan tapak binaan dan juga perlindungan insuran.
Siapa yang patut mendaftar?
Semua kakitangan yang bekerja di Tapak Pembinaan.
Bila patut mendaftar?
Sekarang! Jika anda bekerja di Tapak Pembinaan, anda mesti mempunyai Kad Pintar sebelum memasuki Tapak.
Apakah kelebihan memiliki Kad Pintar CIDB
Perlindungan Takaful adalah untuk tempoh 24 jam sehari. Bermakna, perlindungan bukan hanya pada waktu bekerja tetapi juga di luar waktu bekerja.
Perlindungan Takaful bukan sahaja di Malaysia malah di mana-mana tempat di seluruh dunia. Contoh: Jika anda sebagai pemegang kad pintar CIDB, mengalami kemalangan maut ketika melancung di Australia, CIDB akan membayar pampasan kepada waris anda sebanyak RM 21,000.00.
Pemegang kad pintar juga akan menikmati potongan yuran sehingga 50% kepada kursus-kursus tertentu anjuran CIDB.
Pemegang kad pintar rakyat Malaysia, layak untuk mengikuti kursus percuma anjuran Akademi Binaan Malaysia.
Mendapat pengetahuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kerana anda akan menghadiri kursus percuma anjuran CIDB.
Memberi peluang memperolehi pekerjaan samaada kerja tetap atau sampingan. Ini kerana kebanyakkan syarikat di Malaysia mewajibkan pekerja mempunyai Kad Pintar untuk menjalankan sebarang kerja di premis mereka sama ada melibatkan kerja-kerja pembinaan, mekanikal atau elektrikal.