ANDA ADA PERTANYAAN? SILA HUBUNGI KAMI nzmanagementhq@gmail.com 03 - 8066 5479
012-520 1895 / 014-622 2923 / 010-915 0338

Kami menyediakan

Perkhidmatan
Pendaftaran Dan Pembaharuan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM di Malaysia) adalah sebuah badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM, yang berkuat kuasa pada 16 April 2002, merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dan Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia.

Apakah perbezaan PERBANDINGAN syarikat Sdn Bhd dengan perniagaan milik tunggal (Enterprise) atau perkongsian?

  • Syarikat Sdn Bhd adalah berliabiliti terhad – Risiko kerugian dan bankrup bagi syarikat sdn bhd hanyalah terhad kepada hartanya yang disumbangkan ke dalam syarikat;
  • Risiko untuk perniagaan milik tunggal @ Enterprise untuk rugi atau bankrup adalah lebih besar kerana risikonya termasuklah harta perniagaannya dan harta peribadinya.
  • Jangka hayat syarikat SDN BHD terjamin – sesebuah syarikat tidak akan dibubar dengan kematian sesorang pengarah atau pemegang saham;
  • Bagi perniagaan milik tunggal/perkongsian kematian pemilik atau rakan kongsi akan diikuti oleh penutupan pendaftaran.
  • Kemudahan untuk mendapat modal bagi syarikat sendirian berhad lebih besar berbanding dengan perniagaan perkongsian atau milik tunggal kerana ianya lebih teratur dari segi pengurusan lembaga pengarah, mesyuarat agung tahunan, laporan audit dan laporan tahunan.
  • Syarikat sendirian berhad berpotensi untuk berkembang luas samada melaui penggabungan, ambil alih atau usahasama;
  • Sebaliknya tahap perkembangan perniagaan milik tunggal atau perkongsian agak terhad.
  • Pemilik saham bagi syarikat Sdn Bhd juga tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan kerana pengurusan dijalankan oleh lembaga pengarah.

Bolehkah saya ingin menubuhkan syarikat Sdn Bhd saya sendiri?

Tidak boleh. Anda harus melantik setiausaha syarikat yang berlesen untuk melakukannya untuk anda.

Open chat
Hello!
Bolehkah Kami Membantu?
WhatsApp kami sekarang untuk mengetahui lebih lanjut.