ANDA ADA PERTANYAAN? SILA HUBUNGI KAMI nzmanagementhq@gmail.com 03 - 8066 5479
012-520 1895 / 014-622 2923 / 010-915 0338

Kami menyediakan

Perkhidmatan
Pendaftaran Dan Pembaharuan

Permit SPAN adalah sejenis lesen untuk menjalankan sesebuah kerja yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) itu sendiri. Lesen ini mempunyai pelbagai kelas tersendiri dan kategori kerja yang khusus. Pemilihan kontraktor akan dipilih melalui proses yang adil dan saksama iaitu TENDER bagi mengukur kemampuan sesebuah syarikat untuk menjalankan tanggungjawab yang akan diberikan.

Ulasan lanjut, permit ini terbahagi kepada beberapa bahagian:

  • Permit IPA Jenis A : Bagi menjalankan kerja pembinaan, penyambungan, pengubahsuaian atau pembaikan paip air dan kelengkapan air yang menyalurkan atau akan menyalurkan air dari paip utama;
  • Jenis A1 : merujuk kepada pembinaan, penyambungan, pengubahsuaian atau pembaikan seksyen paip air perkhidmatan selepas titik meter dan perpaipan dalaman
  • Jenis A2 : merujuk kepada pembinaan, penyambungan, pengubahsuaian atau pembaikan sistem bekalan air sebagaimana yang dinyatakan di bawah Jenis A1 di atas dan paip perhubungan
  • Permit IPA Jenis B : Bagi menjalankan kerja yang perlu untuk menyambungkan suatu sambungan persendirian kepada suatu pembetungan atau tempat merawat kumbahan;
  • Permit IPA Jenis C : Bagi menjalankan kerja pembinaan, pemasangan atau pengubahsuaian kepada mana-mana bahagian suatu sistem bekalan air atau sistem pembetungan;
  • Jenis C1 : Bagi memasukkan tender dan/atau mengusahakan projek atau kerja melebihi RM10,000,000
  • Jenis C2 : Bagi memasukkan tender dan/atau mengusahakan projek atau kerja melebihi RM2,000,000 tetapi tidak melebihi RM10,000,000
  • Jenis C3 : Bagi memasukkan tender dan/atau mengusahakan projek atau kerja melebihi RM200,000 tetapi tidak melebihi RM2,000,000
  • Jenis C4 : Bagi memasukkan tender dan/atau mengusahakan projek atau kerja tidak melebihi RM200,000
  • Permit IPA Jenis D : Bagi menjalankan kerja perkhidmatan penyenggaraan bagi suatu sistem bekalan air atau suatu sistem pembetungan tetapi yang tidak melibatkan pengendalian sistem tersebut;
Open chat
Hello!
Bolehkah Kami Membantu?
WhatsApp kami sekarang untuk mengetahui lebih lanjut.